Google+ Followers

Monday, March 16, 2015

Bila bayi selsema.. Apa nak buat?

Assalammualaikum semua :)

As first mom, kita akan belajar banyak perkara baru dari pengalaman pertama especially bila anak sakit. Jadinya, hari ni saya nak share pengalaman bila bayi seawal 5 bulan diserang selsema. Kesian kan bila baby sekecil tu dah kena selsema. Sebak tengok Fateh tercunggap-cunggap bila hidung dia block, baby manalah tahu nak himbus hingus sendiri kan, merengek-rengek la dia bila hidung tersumbat.

Masa awal kena tu, kami bawa dia ke pakar kanak-kanak di Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara. Bukan apa, just nak check kalau-kalau selsema tu dah infected ke paru-paru, kang jadi lain pula. Alhamdulillah, doktor check Fateh, dan tiada apa-apa serious, just sebab mucus/hingus yang buat hidung tersumbat. So, doktor bagilah nasal clear. Ubat ni, perlu dipicit masuk dalam hidung untuk keluarkan mucus-mucus tersebut. Ha nampak senang je kan picit ja ubat tu masuk hidung. Hahaha bila nak buat sendiri, ya Allah... anakku... sabar je la. Pandai pulak dia mengelakan diri dari terkena ubat tu. Akhir masuk jugalah ubat tu, redha ja lah anakku, nangis-nangis dapat upah susu kan sayang.

Well, selain tu.. boleh cuba ubatan semulajadi. Mujarab jugalah. InshaAllah.

Ubatan semulajadi pertama



Bakar bawang putih, kemudian tumbuk-tumbuk samapi lumat dan campurkan dengan minyak zaiton. Gaulkan sama-rata, dah siap minyak bawang putih tu, sapukan belakang badan,dada, batang hidung dan tapak kaki setiap lepas mandi dan sebelum tidor. Ubat ni mujarab untuk baby yang nak demam. Alhamdulillah apply kat fateh, berpeluh-peluh dia. Kurang demamnya.

Ubatan semulajadi kedua

Yang ni paling senang, potongkan bawang merah besar dan letakkan atas kepala katil. Mengikut kajian, bawang merah boleh menyerap virus. Di mana pernah berlaku satu insiden, hanya satu keluarga petani dalam sebuah kampung yang tak terkena virus selsema, disebabkan mereka menanam bawang merah sekeliling rumah. Bau bawang merah ni kuat, bila bau terbesin-besin, so hingus Fateh pun terkeluar juga. Ha mujarab kot. Alhamdulillah, Kita cubalah sebagai ikhtiar

Ubatan semulajadi ketiga.

Menggunakan wap air yang dihadap ke muka baby. Yang ni pun senang ja nak buat.Saya guna boiler, masukkan air dalam boiler bila wap dah keluar, hadapkan ja dia ke wap tu. Yang ni, memang sangat berkesan, hingus serta-merta meleleh walaupun Fateh menangis semahu-mahunya, may be wap tu panas. Bila dah nangis tu, pujuk-pujuk dulu, pas tu sambung balik, yang penting anakku sihat kembali.

Oklah, itu ja perkongsian saya kat sini. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi kita kesihatan yang baik. :)   

No comments: