Google+ Followers

Thursday, March 5, 2015

Keputusan SPM 2015

Assalammualaikum semua

Keputusan SPM dah pun keluar pada 3 Mac 2015 yang lalu. Tahniah bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dan jangan bersedih bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan. SPM bukan titik penghujungnya, panjang lagi perjalanannya. Tak perlulah putus asa sebabnya gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya, kegagalan tu lah titik permulaan kejayaan. Teruskan langkah dan pandang ke depan.  

Bukanlah saya ni pakar motivasi nak menasihatkan adik-adik tapi saya faham sangat perasaan bila dapat keputusan yang kurang memuaskan, suatu ketika dulu saya dah pernah merasa sendiri. Keputusan PMR saya tiada A langsung, hanya 5B 3C, masa tu down juga siap menangis kat buaian luar rumah, syahdu sangat, masa tu juga saya bertekad nak belajar sungguh-sungguh untuk dapatkan keputusan SPM yang lebih baik. Dengan keputusan yang macam tu di sekolah berasrama ni, memang sah-sah saya ditempatkan dalam aliran sastera. Saya tahu emak dan ayah saya agak kecewa, but diorang tak da lah nak blame saya dengan result yang teruk, so my emak advise me to apply Sekolah Teknik, tawakal pada Allah dengan keputusan yang macam tu, saya pun apply Sekolah Teknik. Ya Allah, sungguh tak sangka saya diterima masuk Sekolah Teknik Yahya Awal dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Engineering tuu. Alhamdulillah. Bila diberi peluang kedua, memang saya tak sia-siakan. Alhamdulillah, keputusan SPM agak memberangsangkan walaupun bukanlah dapat straight A, tapi syukur dengan rezeki Allah bagi. Kemudian dapat lanjutkan pelajaran dalam Diploma dan seterusnya Degree dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Kini dah pun bergelar Jurutera kerajaan. See.. kalau usaha pasti ada kejayaan dan kegagalan tu yang buat kita bangkit untuk berjaya. BTW, dapat aliran sastera bukan lah teruk sangat, korang boleh tanam cita-cita jadi peguam atau pun wartawan. Tak yah down sangat bila dapat kelas bukan aliran sains ni. 

Ambil contoh, macam dato' Fadzilah Kamsa kata, kalau keputusan kurang memuaskan dalam pelajaran, korang masih boleh mohon sijil kolej komuniti bagi jurusan kemahiran. Tak semestinya korang amek jurusan kemahiran, tak boleh berjaya di masa depan. Contohnya, ambil jurusan Sijil Rekabentuk Dalaman (Interior Design), untuk subjek jurusan tu korang didedahkan penggunaan software CADD, which is sangat berguna semasa permohonan kerja sebagai Interior Designer, kemahiran dalam penggunaan software CADD tu korang boleh gunakan sebagai kelebihan/ strength yang korang ada. Bila kerja, jangan terkejut kalau ditawarkan dengan gaji ribuan walau dengan kelulusan sijil sebab korang ada kemahiran. Then, kalau rasa nak sambung lagi pelajaran, sijil tu juga boleh digunakan untuk mohon dalam peringkat Diploma. Sebab tulah, adik-adik jangan terlalu kecewa bila SPM korang teruk sebab banyak lagi peluang untuk korang berjaya. Apa yang penting, korang buat perancangan masa depan dan tahu apa yang korang buat. That's it! 

Selama ni, kita didedahkan kerjaya professional macam doktor, jurutera, cikgu, pensyarah dll. tapi sebenarnya banyak lagi bidang yang perlu diterokai especially yang melibatkan kemahiran. Jadi jangan khuatir, yang dapat keputusan SPM tak memuaskan tu, rajinkan diri untuk survey bidang-bidang yang korang rasa sesuai dengan kemahiran yang korang ada, contoh memasak ke, menjahit ke bidang penyiaran ke atau sebagainya. Serously, banyak lagi bidang-bidang yang boleh cuba.  Kalau korang masih blur nak pilih course apa, boleh cuba buat psychometric test untuk tengok kemampuan korang dan bidang yang sesuai, Google je psychometric test ni, banyak dah dalam internet yang leh download secara percuma.

Yang ibu-bapa pula, tak yah lah nak salahkan anak kita, mereka pun dah berusaha, dah itu ja rezeki mereka. Apa yang patut kita buat, beri sokongan dan guide mereka untuk merancang masa depan mereka, mungkin boleh daftarkan mereka ke kelas bahasa inggeris sementara menunggu panggilanUniversiti atau Kolej. Tak pun hantar mereka belajar agama. Jangan beri tekanan pada mereka, sebab tu lah ada pelajar yang sanggup bunuh diri sebabkan tekanan ni. Ibu bapa perlu bantu mereka, bila tak dapat masuk Universiti, jangan terus down kan mereka. Macam yang saya cakap tadi, banyak peluang lain, mungkin kita boleh fokus kemahiran yang ada pada anak kita, pelajaran tu cuma paper quality ja, kadang kita terlepas pandang skill quality yang ada pada anak kita sebab kita dimomokkan dengan education development, padahal soft-skill development juga penting. Jadi sebagai ibu-bapa, tolong bantu anak-anak kita, jangan anak tiri kan anak yang kurang berjaya dalam academic ni, mungkin mereka ada bakat yang lain, asah bakatnya siapa tahu dia akan lebih berjaya lagi.

Ok, till next entry. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi :)

 Tahniah kepada anak my friend. Makan apa lah sampai result cam ni kan. Well done :)



No comments: