Google+ Followers

Wednesday, April 1, 2015

Hippopo Baby Spa at Tesco Extra Tebrau

Assalammualaikum semua :)

Lagi-lagi Hippopo Baby Spa ni kan, ko dah kenapa? Ha sebelum ni, dah pun buat entry berkaitan Hippopo Baby Spa, sila klik Fateh First Swim at Hippopo Baby Spa and Wellness tapi yang ni  kat Centre Point, Bandar Utama. Untuk kali ni kita ber"hippopo" pula di Tesco Extra, Tebrau JB. 

Biasalahkan cuti panjang CNY hari tu, sempatlah balik kampung halamanku di JB. Untung betul tahun ni, cuti banyak berkapit dengan weekend. Alhamdulillah, masa cuti panjang ni lah, compulsory balik kampungku. Hehe compulsory tuu. 

Back to the topic, plssss

Hippopo Baby Spa ni banyak dah cawangannya merata Malaysia, ada di Lembah Klang, Pulau Pinang dan juga Johor Bahru. Sebelum ni, dah pernah bawa Fateh swimming di Centre Point, kali ini pergi kat Tesco Extra Tebrau pula, kebetulan cuti lama di kampung. Actually, harga semua sama ja macam yang lembah klang, just branch lain-lain. Kalau nak tengok harga, boleh refer entry sebelum ni.

Just yang kat JB ni, lebih besar dan luas dibandingkan dengan Spa kat Centre Point. Ambience pula lebih best sebab ada space for family and more privacy, kalau centre point kolam dekat-dekat, so spaceless lah sikit. Nak gerak pusing kolam, agak terhad.

Konsep Spa ni berkonsep lanun ala-ala Pirates of the caribbean, lanun sangat! Cantik jugalah interior dia, sebab Spa baru kan. Ruangan pula besar. Memang best lah yang kat JB ni. Staff dia pun friendly. Masa datang ni, bawa sekali anak buah umur 3 tahun, dia agak lasak budak umur cam ni kan semua dia nak explore, lagilah bila masuk dalam air, habis satu spa tu banjir. Haha.. Nasib baik, staff situ baik hati, tak da lah nak tarik muka kann. Bagus sangat! :)

Alhamdulillah, Fateh dah tak nervous pun bila masuk kolam, mungkin sebab dah pernah ada pengalaman dan dia masih ingat kot, yang dia pernah swimming sebelum ni, jadi dia tak nangis macam mula-mula masuk kolam sebelum ni. So comel!

Nak tahu info leh tgk previous entry ye :) now jom layan gambar