Google+ Followers

Wednesday, June 10, 2015

Kedai Handphone Murah - Ustad

Assalammualaikum :)

Nowadays rata-rata tak kira tua mahupun muda, mesti ada smartphone kan. Pas tu smartphone tu mesti ada ja kat tangan tak mengira waktu dah, 24 jam kat tangan. Addicted sungguh lahai. Bila dah situasi macam tu, makanya kat pasaran pun dah berlambak smartphone, pelbagai jenama dan harga, dari harga murah-murah sampailah harga ribu-ribuan. For me, smartphone ni ada pro and con nya. Yang bagusnya, semua benda di hujung jari, senang dan mudah. Contoh nak cari tempat makan pun, leh guna handphone je dah. Yang tak bagusnya, cara penggunaan smartphone ni, ada orang terlalu leka dengan smartphone sampaikan ketagih, macam smartphone tu nyawa dia. Adoii. Stress gak kan kalau jumpa orang macam tu. 

BTW, intro tu tak da kena mengena pun dengan entry ni, haha.. tu just sampingan dan sekadar renungan saja. Hari ni, saya nak share sikit pasal satu kedai aksesori handphone murah yang terletak berhadapan Downtown Kota Damansara. Nama kedai ni Phone Accessories (Ustad). Yang menariknya kedai ni, harga barangan accessories hp memang murah belaka. Slot sim card yang boleh micro tu, kalau kat mid valley harga RM30 kat situ ada ja harga serendah RM1.00. Tempered glass kat situ cuma RM8 dan ke atas. Kalau kat kedai lain, mana boleh dapat harga macam tu. Kualiti pun lebih kurang sama. So why not kan, pilih ja yang murah. Kalau rosak pun, tak da lah rasa ralat sangat. Hehe.

Sesuai sangat dengan motto kedai ni, "Murah bagi tau kawan. Mahal bagi tau kami" tu yang nak habaq ampa ni, kalau korang tak tau lagi kedai murah ni, boleh cuba pergi sana, pilihan casing pun banyak dan pelbagai hp accessories ditawarkan.