Google+ Followers

Tuesday, July 7, 2015

Bila Bayi Demam Campak - Fateh 8 bulan

Assalammualaikum

Hampir seminggu juga on leaves disebabkan Fateh demam campak. Memang tak sangka boleh kena demam campak sebab tak tahu jangkit dari mana. Mula-mula tu, dia demam panas, sampai 4 hari dia demam panas, then hari ke-4 tu, macam dah kebah tapi naik ruam bahagian muka sampai ke leher. At first, kami ingatkan rushes biasa tak pun allergic susu, mungkin juga sebab Fateh memang allergic protein susu lembu, kebetulan pagi tu, saya try bagi dia susu kambing karihome. Tapi makin menjadi pula ruam tu merebak sampai ke badan. Terus bawa ke klinik.Memang confirm lah demam campak. Awal betul Fateh kena campak, dulu saya dapat demam campak ni masa umur 9 tahun kot. As doctor said, demam campak ni, akan reduce sendirinya. Doktor just bagi calamine cream untuk hilangkan rasa gatal ja, seems ubat demam pun ada lagi.

Sepanjang Fateh sakitni, saya pun ambil cuti. Nasiblah kerja gomen, cuti rehat banyak. Really hope that my boss will understand my situation. Bila ada anak ni, cuti banyak habis untuk anak, especially baby yang nak membesar ni, mudah ja berjangkit virus, lagi-lagi Fateh ni duduk dengan pengasuh. Bila yang sorang kena demam, yang lain pun turut sama demam, demam berjemaah namanya. What to do,perkara yang tak boleh kita kawal. Tapi, bila anak sakit ni, dia sangat cranky dan clingy, nak attached dengan kita 24 hours. Ya rabbi, pening kepala tau. Nak pergi toilet pun, dia nak ikut. Tak bagi ikut, nangis meraung-raung macam nak kena tinggal lama ja. Huhu.Sebab tu lah, bila anak sakit, saya prefer untuk jaga sendiri instead of hantar ke pengasuh. 

Ok, back to topic. Bila baby kita kena demam campak, what to do? First thing, macam biasa, bawa baby ke clinic untuk pastikan virus apa, sebab tak semua ruam tu disebabkan demam campak, Jangan pepandai prescribe sendiri penyakit anak, kang comes worse penyakit anak tu. 

Kalau memang demam campak, saya mandi kan ja Fateh, untuk turunkan suhu demam dia. Lepas tu saya sapu ubat calamine yang doktor bagi satu badan. Sepanjang ruam campak tu tak hilang lagi, saya biarkan dia pakai pampers ja, tapi bila malam saya pakaikan baju jaring-jaring. Sebabnya ruam tu akan jadi teruk bila dia panas dan berpeluh. Calamine mungkin membantu untuk mengurangkan gatal. 

My Mom n MIL advise bagi Fateh minum air kelapa dengan dose yang sedikit, 20mL - 1 Oz cam tu, ni petua orang dulu-dulu untuk redakan demam campak. Tapi tak sempat pun nak cari air kelapa pure nak buat ubat, pergi pasar malam semua dah bubuh ais dan gula, memang tak mujarab kalau cam tu. Dulu pun, arwah nenek bagi minum air kelapa, petik depan rumah ja. Sedap betul air kelapa, boleh buat ubat pulak tu kan. 

Ada juga petua lain, sapu daun semambu kat tempat ruam, daun semambu ni mujarab untuk mengurangkan ruam dan gatal kata orang tua. Emm x sure, sebab petua ni tak pernah try pun. Rupa daun semambu tu pun macam mana pun tak tahu, try lah google. Rasa daun dia cam pokok karo kot.

Yang seronoknya bila Fateh sakit, maksud saya masa anak kita sakit, kita dapat luangkan masa jaga dia sendiri, masa tulah luangkan masa sepenuhmya untuk dia. :)