Google+ Followers

Sunday, August 30, 2015

Teluk Cempedak Pahang - Hyatt Regency Review

Assalammualaikum :)

Bagi yang suka bercuti di tepi pantai, saya recommend untuk pergi Pantai Teluk Cempedak dan menginap di Hyatt Regency yang terletak betul-betul di pantai tersebut. Selain Cherating dan Pantai Balok, Pantai Teluk Cempedak juga antara pantai yang terbersih di negeri Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3 - 4 jam melalui Lebuhraya Pantai Timur. Destinasi kali ini, memang sesuai kalau nak cuti sambil bersantai di hujung minggu. Selain dari bersantai tepi pantai, masih boleh cuci mata window shopping. Yang jenis shopaholic pun boleh shopping sakan! Pantai Teluk Cempedak ni berdekatan juga dengan Bazaar Teluk Cempedak; kedai-kedai kat sini ala-ala uptown Shah Alam, ada banyak pakaian mahupun accessories untuk perempuan dan lelaki. Happening jugalah kat sini bila malam-malam. Lagi satu, memang tak sangka boleh terjumpa Hutan Bandar cafe, tapi tak singgah makan situ sebab ramai betul pengunjung beratur makan kat situ. Ha bagi yang tak tahu, Hutan Bandar ni famous juga kat JB sebab jual chopstick dengan harga serendah RM5.00, tu masa zaman saya remaja lagi. Sekarang, i'm not too suree.. dengan GST dan kenaikan harga barang, harga may be berubah laa kannn...



Ni pula, view depan hotel. Kagum sangat! SubhanaAllah cantik sangat laut terbentang dengan pasir yang putih bersih. Terpukau sekejap sebelum nak masuk bilik. Hotel Hyatt Regency ni dibuka sejak tahun 1980. Saya pun belum lahir lagi masa tu. Lama betul dah hotel ni hampir 35 tahun usiannya. Dengar khabar dari staff kat situ, hotel ni nak renovate early September. Macam mana lah rupanya selepas renovation, sebelum renovate pun dah lawa pemandangannya.






Gambar ni betul-betul diambil depan bilik hotel kami. Bangun pagi je boleh tengok sun rise. SubhanaAllah! Cantik sangat :) Hari pertama, tak terfikir nak tengok matahari naik, buka-buka langsir matahari dah naik, memang cantik sangat. Hari kedua, struggle nak tengok matahari naik.Pagi-pagi lepas subuh dah tercegat kat luar nak tengok kebesaran Allah Maha Esa. Allah... damai sangat suasana pagi ni, angin sejuk sepoi-sepoi bahasa dengan bunyi ombak beralun-alun. Seriously, rasa tak nak balik KL! Best betul kalau dapat macam ni hari-hari.

Matahari Hari Kedua. Terlindung awam tapi saujana mata memandang :)

Matahari hari pertama dah terpacak pun sebab kul 8.00pagi dah masa ni. :) 

Bilik hotel tidak terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil, ruang sederhana, ada 1 king size bed dan working table, masih ada ruang untuk solat juga. Bilik air pula ada bath tube. Bilik yang menghadap laut harga dalam RM400 ke atas untuk 1 malam dengan sarapan pagi. Pakej memang mahal disebabkan ada private beach, di mana orang luar dilarang masuk dalam kawasan hotel ni. Ada 5 block kalau tak silap, agak jauh juga kalau dari lobi ke bilik hotel yang kami menginap. Yang best hotel ni selain pemandangan yang indah, staff hotel ni sangat helpful dan service diberikan memang terbaik berbanding hotel yang pernah saya menginap. Rata-rata staff dia mesra pelanggan, well done! Saya menilai keseluruhan, contohnya salah sorang staff dia mendahulukan kami semasa nak masuk lift, service pun boleh tahan cepat, tak sampai 10 minit, staff dia hantar sejadah bila diminta. Then, masa breakfast, Fateh rimas duduk lama kat meja makan, saya pun dukung dan jalan keliling cafe, tiba-tiba rasa nak minum fresh orange, saya baru ja capai gelas, their staff terus panggil kawan dia suruh tolong saya ambil fresh orange. :) Patut bagi bonus kat mereka ni sebab menjalankan tugas dengan baik :)

Ni accomodation dalam hotel. Simple je decorationnya but comfortable to stay..


Kolam kat hotel ni ada dua bahagian, yang ni betul-betul sebelah cafe hotel. Yang ni kolam kanak-kanak diasingkan. Kolam yang lagi satu, depan bilik kami tu kolamnya ada gradient, makin ke kanan kita makin kolam tu dalam, hati-hati kalu swimming dengan kanak-kanak. 



Aktiviti kat Teluk Chempedak ni pun happening! Macam-macam permainan tepi pantai di sediakan di kawasan pantai orang awam sebelah hotel. Ada go-kart, giant play-ground dan macam-macam lagi. Boleh juga main layang-layang tak pun buih-buih sabun sebab angin pantainya yang kuat. Selain tu juga, pasangan yang honeymoon boleh juga, cintan-cintun kat batu ala-ala Ali Setan sambil menikmati pemandangan pantai yang indah. Pasangan yang halal ja tau! yang haram tu kalau Jabatan Islam tiba-tiba ambush, buat malu parents ja kan. Hehe :) Oklah, jom layan gambar yang ada kat bawah ni,, sorry memang tak sakan nak bergambar.. sebab sibuk layan my precious baby..







Teluk Chempedak ni berdekatan Tanjung Lumpur, boleh pergi ke sana untuk makan seafood atau pun beli keropok lekor. Selain tu juga, boleh singgah ke Pantai Cherating, dalam 40 minit dari hotel. Kat sana boleh pergi tengok penyu. Tapi masa saya pergi, Pusat Santuari Penyu tutup lah pulak, may be hari Ahad kot. Mungkin rezeki akan datang kan.. Ok till next entry :)

No comments: