Google+ Followers

Saturday, September 19, 2015

Kidz and Creme by Aaron Aziz

Assalammualaikum semua :)

Alhamdulillah.. sekian lamanya teringin nak pergi cafe ni, akhirnya dapat juga terjah cafe abg sado bernama Aaron Aziz dan isterinya yang terletak di Setia Alam. Cafe ni dibuka tahun lepas lagi, so may be banyak perkara dah upgrade kot especially taste of food. Macam biasalah before nak pergi cafe-cafe yang termasyhur ni kenalah baca-baca review rakan blogger lain, rata-ratanya banyak comment tak best on their food and beverage taste. Then macam teragak-agak jugalah nak try datang sini bila baca not-so-good-comment kan, sebabnya cafe ni agak pricey ye! At last, pergi jugalah sebab dah dekat dengan rumah. Hehe.. boleeh alasan kau dekat dengan rumah.  

Cafe ni berdekatan dengan Setia City Mall. kalau dari jambatan nak masuk ke Setia City Mall tu, dah boleh nampak kedai ni, landmarknya Idrissi International School. Mudah sangat, kalau risau sangat sesat, waze je Kidz and Creme ni.


Bismillah.. Jemput makan semua :) Cafe ni memang bercirikan children friendly sebabnya kat sini ada children area yang luas untuk bermain. Dengarnya ada kelas bakery sekali. Not sure still ada lagi ke tak. Huhu.. Anakku belum pun umur setahun lagi, tapi independent jugalah dia. Bagus pulak, duduk diam-diam main kat situ. Lekalah kot sebab banyak mainan kat situ. Mummy Daddy bolehlah makan senang-lenang sambil anak bermainan, tapi make sure kenalah monitor juga anak tu tauu tauuu..



Kat cafe ni, ada banyak pilihan menu makanan. Ada asian food macam mi goreng, mi rebus, mi bandung, nasi goreng dan a few lagi favorite orang Asian. Selain tu juga, ada jenis-jenis pasta juga macam meatball spaghetti, aglio-olio, carbonara dan pelbagai lagi. Nak sebut satu-satu menu dia memang sampai esok tak habiskan. Hehe. Hari tu saya pilih Carbonara dan Chicken Wings. Minuman pula Watermelon Lychee dan Iced chocolate. Desert pula Nuttella Tart. 


Terliur tak tengok carbonara ni. Memang tak syak lagi, berpadanan dengan rupa. Memang sedap! Gravy nya memang lemak berkrim dan ada rasa pedas-pedas kat chili flake yang ditabur sekali. Dahla tu tak kedekut mushroom dan turkey ham. Sedap sangat wei. Mesti cuba tauuu!


Ni pula chicken wing dia. Rasa crispy and spicy. Boleh lah tahan sebagai starter kan. :) Isi ayam dia juicy tau, marinate lama kot sebab terasa sangat juicy isi dia.


Ok yang ni memang favorite ramai kan. Nutella Tart namanya. Sedap makan sejuk-sejuk. Minta waiter hantar pas habis makan pun tak pe. Sebab kalau dah hilang sejuknya, rasa muak sikit. Yang ni memang recommended. Cheese dia memang marvelous digabung pulak ngan rasa nutella tu.. Allah... sedapnya. Alhamdulillah. Ada beberapa lagi jenis desert yang dijual kat situ, antaranya red velvet tart, rainbow cake dan lain-lain lagi.



Ni pula pilihan minuman kami. Yang kiri tu, iced chocolate dan kanan tu watermelon lychee (soda). Mula-mula nak order ingatkan fresh juice tau yang watermelon lychee tu. Rupanya air soda dicampur cordial watermelon lychee, haha tipah tertipu. Tapi sedap rasanya, sweet-sweet gitu, just ice terlebih sangat, bila dah cair tak rasa kenikmatannya. Macam tu juga iced chocolatenya tak berapa manis. Baguslah elak diabetes.

Oklah.. overall saya puas hati. Ambience kedai pun luas. Sesuai buat event kat situ. :)

Till next entry.

4 comments:

mizzura said...

salam singgah!!..
Eceh..lama gila tak berbw...haha..dah beso dah baby eh..macam baru2 teringat dpt jemputan..hihi..

mizzura said...
This comment has been removed by the author.
asra muslim said...

Zura

Lama ko menyepi kan.. huhu

Alhamdulillah dah setahun pun dia.

Hehehe tu la rasa baru semalam je kawen. Acah2 perantin baru bole x?

Poker Online said...

Info yang berguna banget gan.... Lanjutkan terus dan salam sukses gan.......

Agen Poker
Judi Poker
Poker Online
Agen Domino
Bandar Domino
Agen Poker Online
Agen Poker Terpercaya
Poker Terpercaya
Bandar Domino Online
Taruhan Poker
Bandar Poker

Berita Bola
DOTA2
Kumpulan Bokep