Google+ Followers

Tuesday, September 8, 2015

Makan Magnum di Mid Valley

Assalammualaikum semua :)

Sapa suka makan eskem? Mostly perempuan mesti suka makan eskem kannn. Huhu Me tooooo! Hantu eskem kot. Dah berminggu lepas pergi makan eskem ni, tapi baru nak update dalam blog ni, even-though ekem ni boleh je didapati kat Petro Pump or 7-eleven kan, sebabkan ianya boleh custom made, so saya review lah sikit pasal eskem Magnun yang terletak level atas Mid Valley, satu level wayang dan bowling. Mudah ja nak cari.

Dulu masa awal-awal Magnum launching di Mid Valley, bukan main ramai lagi que, tak sabar-sabar nak try. Tapi hari tu saja nak try je la kan, nasib tak ramai mana. Bila masuk tu, tengok menu dia, terkulat-kulat juga lah nak pilih perisa eskem dia, bukan main banyak pilihan, sampai kan bila waiter dia tanya tak tahu nak pilih eskem apa. Haha.

Rupanya senang je, pilih je eskem samada Vanila/ Dark Chocolate/ Chocolate, lepas tu pilih je lah 3 topping yang ada kat situ. Topping dia banyak pilihan yang terdiri dari jenis-jenis kacang, cokelat dan buah-buahan kering. Dah pilih topping, pilih pulak coating dia pula ada, ada 3 pilihan je - dark chocolate, chocolate or dark chocolate. Then ready to eat. Senang je kan. Harga pulak RM9.90 + 6% GST. 

Dari segi rasa, sama ja dengan eskem magnum beli kat kedai tu, just ada tambahan rasa sikit kat topping tu. Tapi kalau nak rasa kelainan pun boleh juga, tambah perisa chili flakes. Request je kat waiter tu. Tapi for this visit, kita ambil yang biasa-biasa je, topping dark chocolate, esekm vanila dan topping letak pistachios, almond dan oreo crush. Tak berani nak try perisa yang bukan-bukan ni. Haha.. :)