Google+ Followers

Tuesday, February 16, 2016

Journal 2 hari 1 malam di Cameron Highlands

Assalammualaikum dan salam sejahtera :)

Dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.. (Sapa baca ni sambil nyanyi kita gang!) hehe

Public Holiday bulan Januari dan Februari tahun ni paling best sebabnyaaa cuti weekend tu boleh expand, maknanya seminggu tu kerja just 3 or 4 days. Best betul kerja 4 hari weekend jadi 3 hari kannn. HAHA Jangan mimpi laa!

Ok, cuti-cuti korang buat apa je? Confirm pergi jalan-jalan kannn. I'olls punnnngggg. Rindu kat Cameron Highlands punya pasal, so ke situ lagi kita. Seriously, Cameron Highland is one of the best place in Malaysia.

Kali ni, check in kat Hotel De La Ferns. Harganya RM230 per night. Rate ni may be berubah-ubah dari masa ke semasa if ada promotion, lagi-lagi kalau booking kat agoda/ group on or sewaktu dengannya. Hotel ni selesa juga, bed and pillows also comfy, siap ada bath tub memang memenuhi spesifikasi bagi penginapan singkat. Butttt... (Why there is always buttt... hmmm) Hotel ni lambat sediakan bilik masa check in hari tu, sangat buang masa even more 30 min pun. Sebab kami datang pun masa tu dah pukul 3 lebih pun, so we are expecting that room are ready to check in. Situ je poor service. Nasib baik, the attendance upgrade bilik and bagi bilik, tu pun after we ask a few time baru nak bertindak. Bukam kami sorang je yang menunggu, ada 2 family masa tu. Sooooo dear management, please kickkk the but (not butt) and improve more on your service.


Ni toilet dia, dibalik pintu tu ada bath tub. 


Ampun dah berselerak bilik baru nak ambil gambar. 


Bilik ni ada 2 katil queen. Penat sangat terus je landing

Before check in, kami pergi ke Cameron Lavender semata-mata nak ambil gambar kat kereta beetle tu tapi sayangnya service gambar RM15 tu tak da pula sebab rosak, yang ada instant photo ja sekeping RM10. Bolehlaa dari tak ada. Sebelum ni datang berdua, kali ni datang bertiga dengan anak pula. Niatnya nak buat collection photo dari zaman baru kahwin sampailah beranak-pinak nak bergambar dekat kereta beetle tu. Huhu.. Cameron Lavender ni masih sama, tapi bunga-bunga nya macam tak berapa nak hidup, 2 tahun lepas bunga-bunga kat sini nampak lebih mekar. Mungkin faktor cuaca, sebab kali ni datang tak sesejuk dulu. Kat Cameron Lavender ni ada satu gift shop dalam tu dia jual souvenir comel-comel berkonsepkan lavender, anak patung pun warna purple Lavender. Saya beli dry lavender, bagus untuk tidor nyenyak, selain tu juga boleh menghalau lipas. Masa datang sini, tak dibenarkan self pick up strawberry sebabnya strawberry tu baru nak berbuah, melepaslah nak ajar Fateh petik buah strawberry. :( Even though.... Fateh tetap seronok dengan suasana baru, tak tahulah apa yang dia imagine tapi he enjoy the vacation damn much. :))) Mai tengok a few picture



Belah petangnya, after puas melelapkan mata (lebih 3 jamm.. kira tidorlaa HAHA), perut pun dah lapar, ajak husband high tea kat Cameron Valley. Tapi hampeh yang dapat sebab cafe dia tutup pukul 6 petang, nothing left for us. Tak kan nak datang sia-sia je kan, kami pun ambil kesempatan, turun ladang teh. Terkejut tau bila Fateh kata Wooowww bila tengok ladang teh, punyalah dia kagum dengan ladang teh. Hehe. Subhanallah ladang teh ni masih ditumbuhi dengan pokok teh yang segar. Damai sangat warna hijau ni, patutlah menjadi warna kesukaan Rasulullah.



Sebelum menginjak ke senja, kami pun balik ke hotel.

Kami singgah dinner awal kat kedai seafood, alamak lupa namanya. Kedai tu terletak di shop lot tanah rata bersebelahan watsons. Memang best ikan siakap steam dia. Adoiii terliur pula, kalau lah dekat memang dah pergi sana sekarang juga. Harga makan berdua RM50 (lump sum untuk ikan siakap masak steam, sayur campur, tom yam campur, 2 air tembikai suam dan air nescafe panas) Berbaloikan harga dia. Kami pun balik ke hotel dengan senang hati.

Malam tu, ajak husband pergi pasar malam brinchang. Tak banyak kedai yang buka mungkin kedai tutup awal, tak pastilah saya. Terkini, pasar brinchang ni dah ada tapak sendiri, dulu sepanjang jalan raya, may be nak elak jalan jam, so PBT sedia tapak. Tak banyak hasil pun yang dapat. Belikan Fateh gloves, dia macam pelik je bila sarungkan gloves tu. Asik tengok jari-jemari dia je tak sudah-sudah. HAHA. Kami beli jagung rebus, buat bekalan perut kalau lapar balik hotel nanti, sejuk-sejuk memang cepat terasa lapar. Mulalah teringat kat orang syria, macam manalah keadaan mereka, sekarang musim sejuk kat sana. Kita ni masih bersyukur ada saja makanan nak dimakan. Insaf...

Hari Kedua

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka pakai baju, minum kopi. Ehhh... Pagi tu kami sarapan di Cameron Valley sebab hotel tak sedia breakfast. Sampai awal pun salah, sampai lewat apa tah lagi, haha dah sampai awal, sarapan tak siap lagi, tengah mendidihkan air lagi katanya. Tunggulah kami kat situ sampai semua dah ready sambil menikmati pemandangan ladang teh. Kami order kek american cheese, scones, butter cake, passion tea and hazel tea. Fail betul rasa, frust lagi! Just boleh recommend hazel tea dia je, sedap leamk berkrim. Yang lain memang out, biasa je rasa. Rugi bayar mahal-mahal.





Next destination is Big Red Strawberry, ladang strawberry yang terbesar di kawasan Brinchang ni.Datang ladang strawberry nak petik strawberry, strawberry pula tak da. Huhu.. Apa maknanya ni? Kena repeat lagilah jawabnya, tak pe tunggu anak umi besar sikit dan dah faham, nanti umi bawak lagi ye. Kat sini, ada cafe yang jual aneka menu berasaskan strawberry. Sebabkan masih kenyang lagi, kami just menikmati sundae straberry, jus strawberry dan kentang goreng. Perggghhhhh memang terlaaaajaaaaakkkkk sedap oiii. Harga sundae RM4.50 tak pandan dengan rasa sedapnya, dengan penuh buah strawberry yang fresh. Jus strawberry dia pun sama, terasa fresh sangat, harga pun berpatutan. Highly recomended tempat ni. Tolonglah korang pergi sini. Mehhh layan gambar sikit-sikit jeee...









Lama bersantai-santai di Big Red Strawberry, tibalah masanya nak bershopping sebelum balik. Kami singgah ke Kea Farm, sesak betul. Buang masa tempuh jam sebab nak cari parking. Sekali ni je kot gigih ke kea farm bahagian atas, lepas ni shopping kat area bawah tu, murah pun murah. Kea Farm ni memang famous dengan hasil ladang-ladang CH dan juga tanaman hidup mahupun kering. Ada juga sourvenoir dijual di situ. Tertarik dengan satu gerai ni, pandai sungguh cina tu tarik pelanggan, kagum dengan auntie tu. Terbaiklah marketing auntie, nak meniaga ni tak boleh sombong-sombong, rezeki tak masuk. Tiru macam auntie ni, punyalah ramah dan mulut manis. Hehe.. :) 

Dah siap berbelanja ala kadar, maklumlah zaman sekarang ekonomi meleset. Harga banyak dah berubah especially produk baju dan bantal. Ye kot rasanya. Kalau pandai boleh cari kedai yang lebih murah. Tapi harga jagung still sama RM10 dapat 5-6 biji. Masih sama macam dulu. Sebelum balik, kami makan tengahari di gerai yang terletak bersebelahan terminal bas tanah rata. Yang ni kami ambil pakej juga dengan harga RM40 dapat makan daging merah, tom yam dan sayur kailan. Sedap tapi portion sikit sangat kot, Tak puaasss. Hehe. 

Air paip kat cameron sejukkan. Best kan :) Haha tiba-tiba.. sebab teringat perangai tak senonoh, pergi basuh tangan lama-lama sebab nak balik KL dah, lepas ni tak da lah rasa air paip sejuk cam tu. Adoiii

Untuk trip kali ni, kami balik ke KL melalui Tapah. Barulah perasan Lake House ni kat mana. Tengok dari kereta pun dah cantik sangat rumah agam tu. Teringin gak nak menginap kat situ one day. Jalan nak balik KL melalui Tapah ni memang mencabar, selekoh tajam dan cerun sipi-sipi jalan je, gaung pun tinggi. Kecut perut jugalah. Kat pekan Ringlet tu boleh settle down sekejap, ada 2 petrol station kat pekan tu dan kedai-kedai mostly kedai cina. Selain itu juga, kawasan Tapah ni boleh nampak penempatan orang asli dan bangsal-bangsal jualan hasil hutan orang asli sepanjang jalan. Akhirnya dapat singgah juga, salah satu bangsal orang asli yang jual produk rotan, beli kerusi kecil untuk Fateh dan tudung saji sebagai support. Actually kraf rotan ni ada je jual di R&R, tapi harga sini lebih murah dan boleh nego sendiri. Orang asli ni tak cerewet pun, kita minta, dia bagi je harga yang kita nak tapi reasonable la kan. Takkan harga RM30 ko minta 10 sen, memang lah dia tak bagi. Hehe... Lagipun bila beli ni, kita macam beramal jugalah bantu orang susah.




Alhamdulillah, dapat juga tulis journal ni. :)

1 comment:

nonton gratis said...

Thanks for sharing your adventures! Nice narration and pictures!

Download film subtitle english