Google+ Followers

Thursday, February 18, 2016

Makanan Bayi: Resepi Mudah Untuk Anak Setahun Ke Atas

Assalammualaikum semua :)

Kanak-kanak mula makan makanan pepejal seawal umur bayi 6 bulan. Bila dah menginjak ke setahun, bolehlah diberi makanan pelbagai yang biasa dimakan oleh orang dewasa, tetapi masih perlu dikawal dari segi rempahnya mahupun garam dan gulanya kerana kanak-kanak bawah 2 tahun belum sesuai untuk consume garam/gula. 

Saya ingin kongsikan beberapa resepi yang boleh dicuba untuk anak-anak setahun ke atas.

IKAN MASAK SINGGANG



  • 1/2 ekor Ikan (Pelbagai ikan boleh guna: Tenggiri, siakap, ikan merah, kerapu, salmon)
  • 1 btg serai 
  • 1 helai daun limau
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 ulas bawang holland dipotong bulat
  • Sedikit kunyit dipotong 
  • Sedikit halia dipotong
  • Olive oil
  • Asam keping
  • Lobak potong dadu
Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit dengan 1 sudu olive oil, kemudian masukkan air dalam secawan bersama serai dan daun kunyit. Bila mendidih, masukkan ikan, lobak dan asam keping. Asam keping tu jangan lama, nanti rasa masam. Dalam seminit je angkat terus dan ketepikan.Kalau nak letak gram, letak sikit je, hujung sudu. Biar didih sampai ikan masak. Hidangkan bersama nasi.

BUBUR AYAM



  • 2 ketul Ayam (bahagian dada) potong dadu
  • Halia tumbuk
  • Bawang merah tumbuk
  • Bawang putih tumbuk
  • Lobak potong dadu
  • Brocolli potong kecil
  • Olive oil
  • 1/2 cup beras
Cuci dan toskan beras. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia dengan 1 sudu olive oil, Setelah naik bau, masukkan air 2 cawan (kalau kurang boleh tambah air lagi). Masukkan ayam dan beras. Bila beras dah kembang, masukkan lobak dan brocolli (nak letak sayur lain juga digalakkan). Perasakan sikit garam. Masak sehingga menjadi lembik.

SUP MACARONI


  • Macaroni.
  • Sup bunjut
  • Ayam (ambil bahagian dada)
  • Daun sader/ sup
  • Bawang Merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lobak/ kentang
Didihkan air dan masukkan macaroni sehingga kembang. Tos dan ketepikan macaroni. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan sup bunjut ke dalam periuk yang berisi air (air tak perlu banyak). Biarkan sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan ayam, lobak, kentang dan daun sup. Hidangkan sup dengan macaroni, kalau rajin boleh taburkan bawang goreng.

MACARONI GORENG




  • Macaroni
  • Ayam (ambil bahagian dada)
  • Daun paisley segar
  • Bawang Merah
  • Bawang putih
  • Lobak
Didihkan air dan masukkan macaroni sehingga kembang. Tos dan ketepikan macaroni. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan 1 sudu olive oil, Setelah naik bau, masukkan air sedikit dan masukkan ayam. dan lobak sehingga masak. Setelah ayam masak keputih-putihan masukkan macaroni tadi. Gaulkan macaroni bersama daun pasley.

KARIPAP SANDWICH




  • Ayam bahagian dada
  • Kentang
  • Lobak
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • Rempah sup/ rempah kurma'
  • Roti 
Tumis bawang merah dan bawang putih bersama rempah (guna sedikit saja rempah) hingga naik bau dan rempah nampak hampir garing. Masukkan ayam dan sayur-sayuran. Campurkan sedikit air supaya masakan tidak terlalu kering. Masak dalam 3-4 min. Lenyek roti dan letak isikan dengan inti yang dimasak dan bentukkan ala-ala karipap. Boleh digoreng roti tersebut. Dalam gambar belum digoreng, tapi boleh juga terus makan tanpa digoreng. Guna roti unbleached (roti gandum) lebih baik. 

AYAM MASAK KICAP


  • Ayam bahagian dada
  • Kentang
  • Lobak
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1/2 inch halia
  • Air asam (secubit asam jawa dibancuh 5 sudu air)

  • Sebelum tui, gorengkan ayam yang digaulkan kunyit dan sedikit garam serta kentang. Kemudian, tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air, ayam, kentang dan lobak. Setelah agak mendidih, letak kicap. Tambah air jika kicap terlalu pekat. Masak dalam 5 minit

    2 comments:

    download Film free said...

    lezat sekali :p

    Watch movie online

    pn.wanie said...

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
    Kami memberikan promosi sempena Maal Hijrah bagi Buku Resepi Bayi, Kanak-Kanak & Keluarga Volume 1 & Volume 2 dengan hanya RM 50.00 sahaja dan PERCUMA pengeposan.

    2 buku ISTIMEWA tambahan juga akan kami berikan kepada anda iaitu 'Junior Chef Cookbook dan Panduan Pemakanan Praktikal untuk Keluarga.

    Jom dapatkan segera!
    SMS/WhatsApp : 012 - 957 9131

    Terima kasih.