Google+ Followers

Wednesday, February 17, 2016

Resepi Prawn Olio Aglio

Assalammualaikum semua :)

Suka tak makan Prawn Olio Aglio ? Mahal juga sepinggan kalau makan kat luar, so apakata try resepi ni, jimat sangat!















Persediaan untuk masak Prawn Olio Aglio:
  • 500 gram udang @ 30 ekor
  • 1 bungkus Cendawan shitake (terpulang nak letak berapa banyak)
  • 3 labu bawang putih
  • 2 camca Grounded black pepper
  • 1.5 ikat daun pasley segar
  • Spaghetti jenis Vermicelli 
  • Olive oil
  • Chili flakes
Cara-cara masak:-
  1.  Didihkan air panas bercampur dengan 1 sudu garam dan masukkan spaghetti sehingga lembut. (ikut citarasa sendiri kekenyalan spaghetti tu). Tos dan ketepikan spaghetti tersebut. 
  2. Bersihkan udang, jangan buang kepala udang tu sebab nak buat stock air udang. 
  3. Masukkan kepala udang/ kulit udang dalam air dan didihkan sehingga menjadi stock air udang. Ketepikan dulu.
  4. Ambil non stick pan yang sesuai untuk tumis. Masukkan   5 sudu minyak Olive Oil yang pure dan tumis bawang putih yang telah dicincang halus. Tumis hingga naik bau, jangan sampai garing, kalau garing rasanya jadi pahit.
  5. Masukkan udang dan cendawan yang dipotong mengikut kesesuaian masing-masing dan curah stock air udang sekali. Biarkan mendidih dan udang menjadi kemerah-merahan. 
  6. Masukkan spaghetti dan daun pasley. Gaul rata bahan-bahan tadi.
  7. Masukkan black pepper, garam dan chili flakes sesedap rasa.
  8. Dah pun masak, boleh hidangkan terus.. Letakkan Olive Oil sebagai dressing. Yummeh!


                                                        Camnilah rupanya bila dah siap masak.

No comments: