Google+ Followers

Sunday, February 21, 2016

Wondermama @ Bangsar Villlage

Assalammualaikum semua :)

Selamat tengahari korang! Nak lunch apa hari ni? Ok apakata try makan kat Wondermama yang terletak kat Bangsar Village.Restoran ni sangat luas, ada 3 bahagian; bahagian luar untuk mereka yang ingin menikmati udara luar, ada juga bahagian atas yang lebih privacy dan bahagian dalam seperti restoran biasa. Dekorasi restoran sangat classic seakan-akan berada dalam sebuah rumah baba nyonya, especially lantai dan susun atur dekorasi setiap sudut. Suasana restoran ini juga tenang sangat. 







Restoran ni menyediakan makanan tradisi Malaysia dari pelbagai bangsa. Malaysia ni kaya dengan budaya berbilang kaum ni kan. Ada nasi lemak, kerabu, mi goreng, sate dan macam-macam lagi. Saya order Black Spider Fried Rice, haa makan spider?!!! Sabar... sabar... actually ianya adalah nasi goreng cina yang dimakan bersama soft shell crab goreng tepung dan juga ada telur ikan (black). Tak tahu mana dia dapat nama tu, buat surprise je la kan nak makannya. Its taste good! Portion nya pun banyak, kenyang sangat-sangat.



Minum pula, saya minum affogato. Macam yang ada dekat haagen dazz tu. Aiskrim dicurah dengan coffee yang pekat. Yummehhh. Memang terangkat rasanya. Macam makanan juga, minuman ni dihidang dalam kole yang besar, so sangat puas kita menikmatinya.




Ok banyak lagi menu-menu menarik, Harga menu dari RM15 ke RM30 satu hidangan. Kalau nak rasa kenikmatan makanan tradisi Malaysia bolehlah datang ke restoran ni. Alamatnya kat bawah ni, cari ja Star Buck sebab restoran ni berjiran dengan Star Buck.

Wondermama
G6 Bangsar Village