Google+ Followers

Wednesday, July 13, 2016

Part One: Sekitar Avani Sepang Gold Coast

Assalammualaikum semua :)

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin! Ada yang dah naik kerja ke? Lemau je rasa nak naik kerja after long holiday kannn. Esok dah naik kerja but mood raya still on lagi ni. Macam mana ek nak buat ni. Ok xpa. xpa.. tak payah pening-pening, sebab saya nak kongsi short vacation di Avani Sepang Gold Coast yang sangat best! Sebabkan mood masih raya lagikan, datang sana pun dengan baju raya. HAHA. ( Actually baru balik dari shoot family potrait).


PICTURE

Avani Sepang Gold Coast ni terletak di Laut Selat Melaka berhampiran dengan Pantai Bagan Lalang yang terkenal dengan makanan laut yang segar-segar. Hotel ni berkonsepkan water chalet iaitu chalet atas laut. Dekorasi dalaman chalet ini pula bercirikan ala bali, siap atap tu import dari bali lagi. Bentuk chalet ini kalau view dari udara, boleh nampak seperti pokok palma. Ada 315 buah bilik ke semuanya. Bilik-bilik yang sediakan pula ada 3 jenis mengikut saiz bilik, paling kecil boleh muat untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak, kadar harganya ialah RM440. Bilik sederhana besar pula bolehlah muat untuk 4-6 orang dewasa, harga dalam RM800 ke atas dan bilik paling besar pula boleh muat dalam 10 orang, yang ni kategori villa harga pun dalam RM 1,000 ke atas, Tak rugi rasanya cuba bercuti di sini walaupun harganya agak mahal sebab chalet ni sangat selesa dan bersih. Kita boleh menikmati suasana rumah atas air sambil-sambil melihat matahari terbenam. Seriously cantik.




Untuk kami, cukuplah bilik traveler yang berharga RM440. Tu pun dah cukup selesa sangat-sangat. Suasana resort ni sangat menenangkan yang boleh membuatkan anda berehat sepuas-puasnya. Bunyi deruan air di bawah chalet tu buat kita rasa nak rehat dalam bilik ja ditambah pula dengan katil dan bantal yang sangat comfy. Memang tak syak lagi, boleh tidor lena malam-malam. Tapikannnn bilik dia guna centralised air-cond, sejuk sangat bila malam-malam buatkan kaki ku cramp. Kalau tak nak air-cond, kena cabut kad power tu, pas tu kena buka pintu bagi angin masuk.










Gambar Atas:
Katil and living room untuk chalet traveller. Ruangannya tak besar sangat tapi setakat 2 orang tak da lah nak bergesel punggong tu bila berjalan. Hihi.

Gambar Bawah:
Shower dia tak da tub, tapi kepala shower dia besar, memang puas hatilah mandi. Confirm segala daki hilang sekali sental pun cukup. Bilik air nampak terurus-urus sebab keadaan yang bersih dan tak berbau. Towel pun tak nampak stain-stain yang tak diingini. Tapii awas! sila tutup tirai bilik mandi kamu kalau tak nak kena intai. Clear view tu kalau tak tutup tirai tu. Hati-hati ye ada yang melihat!





Suasana resort ni macam satu perkampungan atas air. Laluan untuk ke resort dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang cantik. Damai terasa macam duduk di kampung. Pulak tu, kenderaan nak pergi ke room masing-masing, hanya menggunakan buggy atau basikal yang disediakan, Basikal free of charge saja, Ada basikal yang disewakan juga, basikal yang ada seat kat belakang. Selain itu ada juga segway disewakan. Harga tak ingat!






Resort ni menyediakan pelbagai aktiviti juga, kebanyakan sukan extreme. Ada juga untuk aktiviti kanak-kanak disediakan. Memang masa free korang kat resort ni akan terisi dengan aktiviti-aktiviti kat sini. Bagi penggemar sukan extreme seperti ATV ride, Buggy ride or go-kart, semuanya ada di sini. Banyak lagi sukan extreme yang tak sempat saya cuba masa datang sini. 








 Untuk kanak-kanak, resort ni ada menyediakan Kid Club. Yang rasa nak pergi buat aktiviti pantai tapi tak nak bawa anak, bolehlah letak your kid kat sini dan buat aktiviti yang disediakan. Playground je free yang lain berbayar. Antaranya painting, sand art, canting batik, main bubble dan bike rider pun boleh. Kalau kanak-kanak bawah umur tu, kenalah awasi oleh parents. Jangan ingat situ day care plak korang,.


Yang macam ada deko telur dah serupa easter day tu, situlah kid club. Sejuk je, Sambil anak-anak bermain, parents boleh lepak-lepak kat situ. Ada kerusi rehat disediakan.


Ok bersambung ke part 2 nanti, kalau nak tahu aktiviti yang menarik di sini.

Stay tune.

1 comment:

masitah seikhomar said...

Sesiapa yg teringin ke sana pd harga ahli boleh cntct saya, 0132695286