Google+ Followers

Tuesday, September 13, 2016

Part 2: Aktiviti Di Avani Sepang Gold Coast

Pantai Bagan Lalang ni satu tempat yang agak terpencil di daerah Sepang. Sungguh pun tempat ni berdekatan dengan KL, tetapi alam semulajadinya masih lagi terjaga. Pantai Bagan Lalang ini juga merupakan salah satu lokasi untuk mendapatkan hasil laut yang segar. Saya suka ikan-ikan fresh, sebab rasanya manis berbanding dengan ikan-ikan yang telah diawet untuk kelihatan segar, 

Aktiviti paling utama di Pantai Bagan Lalang ini adalah MAKAN SEAFOOD. Banyak restoran-restoran di sepanjang Pantai Bagan Lalang ni. Harga juga berpatutan dengan kualitinya. But for me, harga yang ditawarkan adalah sangat MURAH! Dengan nilai bawah |RM100, anda mampu menikmati bermacam-macam juadah seafood yang segar. Tak percaya? Datang sendiri, mesti anda akan rasa terkejut dengan harganya masa nak bayar nanti. 

Memandangkan kami datang ke sini dalam bulan Syawal lagi, jadi banyaklah kedai yang masih tutup. Luckily, ada satu restoran ni buka. Restoran ni terletak paling hujung sekali dan berhampiran dengan jeti jual ikan. Pada awalnya, niat nak membeli ikan fresh di situ, tetapi kedai-kedai di jeti tersebut tutup sebab hari raya. Kami yang kebetulan lapar, singgahlah makan di restoran berhampiran jeti tersebut. Memang sedap sangat juadah yang dihidangkan, walaupun masakannya biasa tetapi kesegarannya dapat dirasai. Nikmat sangat!

Sorry tak dapat nak upload gambar banyak dalam ni. Sekadar ada saja,

Anak duk perhati. Dia dah kenyang minum tembikai. 

Gold Coast Resort ni ada menyediakan kawasan private beach kepada pengunjung. Di private beach ni agak bersih berbanding dengan pantai untuk orang awam. Dalam private beach ini, anda boleh bersantai-santai sambil bermain pasir. Selain itu, boleh cuba permainan yang disediakan di situ seperti giant chess, buaian, belon atas air dan giant playground. Seronok bila dapat meluangkan masa bersama anak dan suami.







Di kawasan luar resort pula terdapat track ATV dan go-kart. Bayaran pun masih munasabah lagi. Track ATV tidak terlalu panjang dalam 300meter rasanya, tetapi agak mencabar sedikit sebab kawasan tersebut berbukit-bukau.





Di sini juga ada tempat khas yang disediakan untuk kanak-kanak. Indoor playground. Di sini kanak-kanak boleh luangkan masa dengan aktiviti kraftangan, canting batik, mewarna, bermain, menonton filem Disney dan pelbagai lagi. 





Kami juga mengambil kesempatan yang ada untuk memanah. Gigil juga tangan masa mencuba pada awalnya. But proud to say, i dapat beat score my husband. Memanah ni kena fokus dari hati dan akal bukan setakat mata. Barulah coordination tangan tu tepat pada sasarannya. Aktiviti memanah ni bagus untuk minda bagi fokus. 



Sekian saja. Harapan dapatlah kembali sekali lagi berehat kat gold coast ni sebab tempat ni highly recomended bagi yang nak berehat dan bercuti bersama keluarga.

 Maaflah penulisan agak malas.


2 comments:

mizzura said...

lorr...baru jer terbaca...ternampak..baru je avani bln ni..tapi sbb activity opis bnyk yg lain tak dapat nak explore..

Nasrul Shukri said...

Wahhh ada blog. Best ker tpt ni???